JANUARI 2024

Premier Hadiri Sesi Townhall


KUCHING, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Sesi Townhall Bersama Premier sempena ulang tahun ketujuh kepimpinannya di Hikmah Exchange, Kuching, pada Sabtu. 

Turut hadir bersama Premier adalah YABhg Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang.

Program tersebut merupakan anjuran TVS dan kira-kira sejumlah 1, 500 orang hadir menyaksikan sesi townhall berkenaan yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat termasuklah pimpinan masyarakat, para belia, ahli-ahli profesional, pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan sebagainya. 

Turut serta menyaksikan sesi Townhall berkenaan adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Fadillah Yusof, Yang Di- Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan - Timbalan Premier Sarawak, dan beberapa kenamaan lain. 

Majlis diakhiri dengan acara memotong pulut kuning sempena ulang tahun ke-7 Premier Sarawak. 

#sarawakku

Sumber dari : Sarawakku